Pasangan dari Sarawak, Ahmady Radi dan Morren Urai Lian menyumbang
gangsa pertama untuk negara melalui kategori Poomsae, acara taekwando pada temasya Sukan SEA ke-26 yang sedang berlangsung.Ahmady dan Morren berkongsi pingat dengan pasangan Laos, Souktavy Panyash dan Nola Ounvongsa, selepas mereka masing-masing mencatatkan 7.73 mata dalam acara yang diadakan di Dewan Taekwondo di Cibubur, itu.
Emas bagi kategori tersebut dibolot Vietnam dengan kutipan mata 8.13 manakala perak menjadi milik Filipina yang mengutip 8.02 mata.