Penyanyi dan pelakon jelita, Seo Ji Young mengakhiri zaman bujangnya, Khamis lalu, dengan
jejaka dikenalinya sejak setahun lepas.Dalam sidang media sebelum majlis perkahwinannya, bekas anggota kumpulan Sharp itu berkongsi ciri-ciri lelaki pilihannya.
“Saya tidak terpikat padanya ketika kali pertama berjumpa, namun dia mempunyai personaliti yang menarik serta bertanggungjawab.
“Saya membuat keputusan berkahwin dengannya kerana kami dapat berkomunikasi dengan baik. Semoga perkahwinan ini dirahmati,” katanya.
Suaminya bekerja dalam bidang kewangan dan lima tahun tua dari Ji Young. Pasangan ini akan berbulan madu di Amerika Syarikat.