SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » OKU panjat menara KL dalam masa 45 minit sahaja

OKU panjat menara KL dalam masa 45 minit sahaja

Meskipun cacat penglihatan, 60 Orang Kelainan Upaya (OKU) dapat menamatkan cabaran mendaki 2,058 anak tangga Menara Kuala Lumpur di sini dalam masa hanya 45 minit. 

Mereka yang berusia antara 18 dan 64 tahun itu menyertai acara anjuran Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur bagi meraikan ulang tahun ke-60 MAB.

 Yusaini Yusof, 33, adalah peserta pertama yang menamatkan cabaran itu dalam masa 20 minit diikuti Tan Tok Shiong, 53, dan Lee Teik Koon, 49. 

Yusaini ketika ditemui berkata, beliau sangat gembira dengan pencapaian itu dan berharap masyarakat dapat menilai kemampuan golongan itu yang mampu menandingi golongan normal. 


PRASEKOLAH PERCUMA UNTUK ANAK ANDA>KLIK SINI
JOM CASHOUT DUIT DENGAN MUDAH>KLIK SINI
Sementara itu, peserta paling tua acara itu Goh Kaw Kia, 64, turut gembira dan bangga dengan kejayaannya menamatkan pendakian kurang daripada masa jangkaannya. 
"Saya tidak menyangka dapat menghabiskan pendakian hanya dalam masa 30 minit dan ini membuktikan kami golongan OKU penglihatan juga boleh seperti orang lain," katanya. 

Setiap peserta menerima pingat dan sijil penyertaan daripada MAB.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir