Nissan Navara telah memenangi Anugerah Trak Terbaik Tahun ini pada majlis “Anugerah Live Life
Drive Car of the Year” 2011 dan 2012 yang disampaikan oleh Wheels Weekly.Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd Datuk Dr Ang Bon Beng berkata Navara, yang dilancarkan pada 2008, terkenal sebagai “ibu” kesemua trak pich-up di Malaysia.
Edaran Tan Chong adalah cabang jualan dan pemasaran kenderaan Nissan di Malaysia.
“Dengan mempunyai ciri-ciri utama di dalam kelasnya, Navara mencatatkan jualan yang diluar jangkaan dari tahun ke tahun dan menarik penganugerahan banyak anugerah dan pengiktirafan di selruh dunia,” katanya dalam satu kenyataan Sabtu.
“Kami berkeyakinan bahawa Navara akan terus meningkatkan agihan pasaran di dalam segmen SUT,” katanya.
Anugerah “Live Life Drive Car of the Year” adalah inisiatif Wheels Weekly bagi mengiktiraf kenderaan terbaik di Malaysia. Setiap model dinilai di segi keselamatan, keselesaan, keefisienan, praktikal, prestasi, reka bentuk dan tahap spesifikasi.