Menara Kuala Lumpur (Menara KL) dan Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) akan mengadakan
kempen Hari Diabetes Sedunia 2011 pada 14 November ini.Bersempena kempen itu Menara Kuala Lumpur akan dilimpahi dengan cahaya biru bermula 14 hingga 21 November ini dari pukul 7 petang hingga pukul 12 malam.
Ketua Pegawai Eksekutif Menara KL, Datuk Zuraidah Mohd. Said berkata,
“Ini adalah merupakan sumbangan kecil kami kepada PDM dan semoga kempen ini dapat memberikan kesedaran kepada semua rakyat Malaysia tentang bahaya penyakit kencing manis,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Zuraidah berkata, ia juga bersesuaian dengan gelaran Menara KL iaitu `Jewel In The Sky’ kerana merupakan menara pertama di dunia yang dipasang dengan penetapan cahaya dan teknologi bunyi.
p/s: maaf..tertinggal perkataan "LAMPU" ..jangan pikir lain yer