Setelah menghilang sekian lama, pengacara Cut Tari akhirnya kembali muncul di televisyen.
Boleh dikatakan, ia adalah penampilan pertama wanita berusia 34 tahun ini setelah kes video lucahnya bersama Ariel Peterpan, tersebar luas.
Cut menjadi pengacara bersama Indra Herlambang dan Uli Herdinansyah. Sebelum bersama Cut, Uli dan Indra menjadi pengacara bersama untuk rancangan maklumat hibur, “Insert.”Cut mendapat sambutan yang baik daripada peminatnya di Twitter ketika muncul di televisyen. Mereka mengucapkan selamat maju jaya kepada isteri Johannes Yusuf Subrata itu.
Sebelum ini, Cut menjadi pengacara di majlis yang tidak disiarkan di televisyen.
Seorang peminat Cut menulis di laman Twitter, “Akhirnya dapat lihat @Cuttary di televsyen. Rindu!”