Suzuki mengumumkan penarikan diri daripada perlumbaan MotoGP berikutan masalah ekonomi dan
menegaskan pasukan berpangkalan di Jepun itu dijangka kembali pada 2014.“Penarikan diri untuk sementara itu bagi membolehkan pihaknya berdepan dengan situasi mencabar, khususnya isu kejatuhan mata wang yen dan kejadian bencana alam yang berulang,” katanya dalam satu kenyataan dipaparkan menerusi laman web rasmi MotoGP, hari ini.
Bagaimanapun, Suzuki berkata, pihaknya menetapkan sasaran 2014 untuk kembali menyertai perlumbaan MotoGP.
Sepanjang ketiadaan mereka, syarikat itu menjelaskan tumpuan diberikan bagi membangunkan jentera perlumbaan baru untuk kelas berkenaan.