SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , » Kemalangan di Behrang-KPKK (NUTP) mohon KPM wujudkan insuran buat guru pengiring

Kemalangan di Behrang-KPKK (NUTP) mohon KPM wujudkan insuran buat guru pengiring


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) merayu kepada Kementerian Pelajaran
supaya memberi perlindungan insurans kepada guru yang mengiringi pelajar untuk aktiviti luar seperti sukan dan rombongan sekolah.

< JANGAN KLIK SINI >
Setiausaha Agung KPPK Lok Yim Pheng berkata selama ini hanya pelajar yang dilindungi insurans sedangkan guru yang mengiringi pelajar berkenaan tidak dilindungi insurans.
"Guru yang iring pelajar untuk aktiviti sukan di luar kawasan sekolah perlu menggunakan kenderaan sendiri dan mereka sepatutnya dilindungi insurans jika berlaku perkara yang tidak diingini semasa dalam perjalanan," katanya 
Lok berkata beliau berharap agar kerajaan mengkaji semula dari aspek keselamatan dan menawarkan insurans khas kepada guru yang membawa pelajar untuk aktiviti luar.
 "Kalau kita kumpulkan data, setiap tahun ada kemalangan yang melibatkan guru dan pelajar. Jadi perkara ini perlu diambil serius oleh kerajaan. Kalau hilang nyawa bermakna kita dah hilang satu sumber tenaga dalam profesion keguruan.
"Kami cadangkan jika kerajaan tak mampu biayai semua, sekurang-kurangnya pihak sekolah biayai sedikit dan PIBG tanggung sedikit. Mungkin kerajaan boleh subsidi sedikit dan pihak sekolah akan usahakan selebihnya," katanya.
Lok turut mengucapkan takziah kepada keluarga guru dan pelajar yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 382.1 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Behrang, Perak kira-kira pukul 4.20 pagi semalamBeliau berkata pihaknya akan cuba mengusahakan bantuan kepada guru yang mengalami kecederaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir