Kata-kata terakhir yang yang diucapkan oleh Steve Jobs sebelum pengasas bersama Apple Corp. itu menghembuskan nafas terakhir ialah
"Oh wow, Oh wow, Oh wow.

Jobs meninggal dunia pada awal bulan lalu pada usia 56 tahun setelah sekian lama menghidap kanser.
Kata-kata terakhir pengasas bersama Apple Corp itu dipetik oleh adik perempuannya, Mona Simpson, 54, yang merupakan seorang penulis novel ketika dia menyampaikan ucapan memperingati mendiang dalam satu majlis memorial pada 16 Oktober lalu.
Kata-kata itu kemudian disiarkan dalam akhbar tempatan, New York Times kelmarin.
Menurut Simpson, Jobs ialah seorang yang berjiwa lembut dan penyayang.
"Jobs yang saya kenali amat mementingkan kasih sayang dan daripada satu sudut, dia seperti wanita kerana banyak bercakap mengenai soal cinta," katanya.