SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Isteri rakam kematian suaminya

Isteri rakam kematian suaminya


Seorang wanita yang merakam gambar kemalangan terkejut apabila menyedari mangsa adalah
suaminya yang maut dalam kemalangan di Jalan Persiaran Senawang 1, di sini, kelmarin.
UNDI KUMPULAN PILIHAN ANDA DAN MENANG BERSAMA MEREKA
TIPS KEWANGAN TERHEBAT ABAD INI 
INGIN INSPIRASI???PASTI INI BOLEH BAGI ANDA IDEA DAN ISNPIRASI
BILA DINOSAUR MULA POSE UNTUK BERGAMBAR

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa, Abdul Razak Abdul Rahman, 41, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta sebelum digilis lori.

Jurucakap polis berkata, isteri mangsa, Salwana Ibrahim, 38, yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Senawang memberhentikan kenderaan selepas melihat kesesakan teruk di jalan terbabit.

“Bagaimanapun, sebaik asyik merakam gambar kemalangan itu, Salwana dikejutkan dengan penemuan topi keledar suaminya. Ketika itu dia menyedari mangsa kemalangan itu suami yang dikahwininya hampir 17 tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Bahau dalam perjalanan ke rumahnya di Seremban Selatan, di sini, dirempuh sebuah kereta sebelum digilis lori tidak bermuatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir