Jumlah pesakit diabetes di Malaysia kini meningkat sehingga 4.2 juta orang akibat masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, obesiti menjadi penyumbang utama kepada diabetes dan ia wajar ditangani segera kerana masalah itu kini berada pada tahap membimbangkan.
Menurutnya, berdasarkan tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006, hampir 60 peratus penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas mempunyai masalah berat badan yang berlebihan.
"Satu lagi kajian ke atas 90,000 wanita yang diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati pengambilan minuman bersoda dan bergula berlebihan meningkatkan risiko diabetes dalam kalangan dewasa.
"Ia dibuktikan kelaziman kes diabetes di Malaysia melonjak daripada satu hingga dua peratus pada tahun 1960 kepada 6.3 peratus (1985), 8.3 peratus (1996) dan kini berlipat ganda dengan 14.9 peratus sehingga tahun 2006," katannya sempena Hari Diabetes Sedunia.