Seramai 600 kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu dibekukan cuti
bermula 8 November lalu ekoran ramalan hujan lebat dan banjir besar akan melanda pada musim tengkujuh kali ini.JEMPUTAN KHAS BUAT ANDA: KLIK SINI
Pengarah JKM Negeri, Zuhami Omar berkata, bekalan makanan seperti sardin, minyak masak, gula, susu bayi dan selimut juga telah ditempatkan di depot bencana Zon Timur bagi menghadapi kemungkinan bencana itu berlaku.
“JKM Terengganu memperuntukkan kira-kira RM1.1 juta bagi keperluan makanan kepada mangsa banjir di negeri ini.
“JKM membuat persiapan rapi kerana ramalan Jabatan Meteorologi hujan lebat akan melanda pada musim tengkujuh,” katanya.