SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Chef Riz- Juri Master Chef Kantoi TIPU resume

Chef Riz- Juri Master Chef Kantoi TIPU resume


Anak Chef Wan, Mohd Nadzri Redzuawan atau lebih dikenali sebagai
Chef Riz didakwa telah mengubah kelayakan dirinya dalam resume.

Beliau merupakan salah seorang juri untuk program MasterChef edisi Malaysia yang bermula 22 Oktober yang lalu.
The Malaysian Insider semalam membongkar fakta yang meragukan dalam profile Chef Riz yang dipaparkan di laman web rasmi MasterChef Malaysia — dua fakta yang dilihat memiliki tahap auta melampau ialah;
FAKTA #1 – Chef Riz mendakwa pernah bekerja sebagai Ketua Chef di restoran paling popular dunia milik Mario Batali, Babbo di kota New York ketika beliau baru berumur 22 tahun.
KANTOI #1 – Pengarah komunikasi Mario Batali, Pamela Lewy mengesahkan dalam balasan melalui e-mail yang mereka tidak pernah mempunyai Ketua Chef bernama Mohd Nadzri Redzuawan.
Namun, Chef Riz yang dihubungi kembali untuk mendapatkan kenyataan menegaskan yang beliau pernah bertugas sebagai Ketua Chef di sana selama setahun — Januari 2005 sehingga Disember 2005.
FAKTA #2 – Chef Riz turut mendakwa beliau pernah bertugas sebagai sous chef (orang kedua terkuat dalam sistem dapur) di Le Bernardin, restoran mewah milik Eric Ripert.
KANTOI #2 – Wakil Le Bernardin, Helen Medvedovsky membalas pertanyaan dengan memberitahu bahawa mereka tidak pernah mempunyai pekerja dengan nama seperti yang didakwa dalam profile MasterChef Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir