Seorang bapa yang meninggalkan anak perempuannya berusia satu tahun 11 bulan di dalam sebuah
tandas awam pada 5 November lalu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Tertuduh Hii King Kit, 23, yang merupakan seorang pekerja restoran bagaimanapun tidak mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya di hadapan Hakim Hamri Thamri Mohammad @ Shaharudin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah menganiayai anak sendiri apabila dengan sengaja meninggalkan kanak-kanak itu di dalam sebuah tandas awam.








Tertuduh melakukan perbuatan itu pada pukul 8.48 malam di dalam tandas lelaki tingkat 1 Mahkota Parade, Jalan Merdeka di sini pada 5 November lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu melakukan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda yang tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.