Guru besar dan pengetua yang terlibat dalam proses pengeluaran serta pengagihan wang bantuan
persekolahan RM100 kepada kepada kira-kira 5.5 juta pelajar di seluruh negara akan mendapat perlindungan polis.PRASEKOLAH PERCUMA UNTUK ANAK ANDA>KLIK SINI
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, perlindungan itu bertujuan mengatasi kemungkinan guru besar dan pengetua yang diiringi guru-guru penolong kanan terlibat menjadi sasaran penjenayah.
“Kementerian Pelajaran akan bekerjasama dengan pihak polis dalam proses pengeluaran dan pengagihan wang bantuan persekolahan tersebut.
“Atas faktor keselamatan lebih baik diiringi polis untuk mengeluarkan wang daripada bank sehingga mengagihkan wang bantuan persekolahan di sekolah,” katanya.
<< JANGAN KLIK SINI >>