SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , , , » Studio Filem Negara terbakar kerana Rafidah

Studio Filem Negara terbakar kerana Rafidah




Studio rakaman rancangan Clever! Edisi Malaysia musim kedua di Filem Negara, Petaling Jaya, nyaris terbakar
gara-gara pengacaranya, Rafidah, membuat eksperimen nyalakan api dalam air.
Clever! Edisi Malaysia musim kedua muncul dengan pengetahuan Sains yang elbih mencabar.

Kata Rafidah yang menceritakan pengalamannya merakamkan program berkenaan pada awal Januari lalu itu, dia terkejut kerana risau jika kebakaran kecil yang berlaku itu merebak ke seluruh studio.
"Ketika rakaman berlangsung, saya sedang membuat eksperimen menyalakan api dalam air bersama-sama dengan dua pembantu saya. Tersilap langkah agaknya, beberapa barangan eksperimen terbakar.

ANDA PERLU LIHAT INI..SEKEJAP JE

"Waktu itu pembantu-pembantu saya hanya melihat kerana terkejut. Selamatlah kebakaran kecil itu dapat dipadamkan dengan cepat," katanya yang ditemui pada sidang media program Clever! Edisi Malaysia musim kedua, di restoran Delicious, Mars Residence.
Tambah Rafidah, kejadian itu memberikan satu pengalaman yang baru untuk dirinya dalam mengendalikan program tersebut bersama seorang lagi pengacara popular, Aznil Nawawi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir