SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Polis Negeri dah ade FB...Hebat jugak yer

Polis Negeri dah ade FB...Hebat jugak yer




Semua polis negeri disaran supaya memiliki akaun Facebook dan
Twitter sebagai salah satu kaedah untuk mencegah jenayah dikawasan masing-masing.
BAWAH NI LAGI PANAS DARIPADA POST NI
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laman sosial Facebook dan Twitter itu merupakan salah satu pendekatan pencegahan jenayah yang boleh diguna pakai.
“Laman sosial Facebook dan Twitter membolehkan polis berkongsi dan menyampaikan maklumat secara terus kepada orang awam.
“Oleh itu saya menggalakkan setiap polis negeri dan Bukit Aman memulakan akaun Facebook dan Twitter,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Hari Terbuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Ismail seterusnya berkata, PDRM tidak boleh ketinggalan dalam menggunakan pendekatan moden bagi menjalin hubungan baik dengan masyarakat.
Mengulas perkara berkaitan, beliau berkata, kadar jenayah termasuk di Johor, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Kelantan telah menurun.
Menurutnya, penurunan itu ekoran daripada tahap kehadiran polis serta penglibatan orang ramai dalam usaha mencegah jenayah.
Justeru, katanya, PDRM akan terus berusaha menurunkan kadar jenayah tanpa melibatkan kepentingan politik pihak tertentu bagi memastikan keselamatan rakyat dan keamanan negara.
Malah, kata beliau, negara luar mahu menjadikan keamanan di Malaysia sebagai contoh dan ia terbukti apabila beliau dipanggil pihak negara luar untuk bercakap tentang keamanan dikecapi negara.
NAK HOT dan PANAS lagi..KLIK BAWAH ni
pasni kalau nak buat laporan atau report kes guna twitter..senang giler...cepat dan mesra....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir