seperti wanita dan pelacuran.
Mungkin disebabkan tumpuan luar biasa masyarakat ke Facebook, maka tanpa segan dan silu sesetengah bapa ayam memilih untuk memasarkan ‘produk’ mereka di laman berkenaan.
Setakat ini sudah lebih 1,000 pengguna Facebook yang memilih untuk Like page berkenaan.
Mungkin kesemua mereka itu memerlukan kemas kini secara berterusan akan di mana dan bila mereka boleh menerima ‘bekalan ayam’.
Apa yang menarik, si bapa ayam yang menawarkan khidmat tempahan pelacur itu pula yang merungut di dinding Facebook kerana ‘tidak menang tangan’ melayan kerenah pelanggannya yang mahu perkhidmatan yang pantas di tengah-tengah kesesakan jalan ibukota.
Pengendali akaun Facebook syarikat itu yang hanya dikenali sebagai Agent 3C, meminta agar pelanggannya memahami suasana trafik yang sesak dan tidak mengharapkannya mampu menghantar gadis yang ditempah dalam tempoh yang terlalu singkat.
Agensi yang hanya dikenali sebagai 3C itu menawarkan gadis-gadis jelita warga asing untuk dijadikan teman kepada sesiapa yang berminat mengikut tempoh tempahan dan negara asal ‘teman-teman segera’ yang terpilih.
Menurut maklumat di laman tersebut, agensi terbabit membekalkan khidmat-khidmat gadis dari China, Thailand dan Indonesia mengikut harga yang telah ditetapkan dari RM180 hingga RM700 mengikut jumlah jam diinginkan.
Selain akaun Facebook, ‘Malaysia No 1 Call Girl Service’ berkenaan, agensi 3C itu juga turut mempromosikan ‘perniagaan’ mereka di blog rasmi mereka, ‘No 1 Malaysia Escort Service 2011’.
Dipercayai setelah agen tersebut menyatakan bahawa pelanggan boleh buat sesuka hati saja kepada gadis-gadis tersebut, ramai ‘lelaki hidung belang’ yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.
“Yes, Good service. Can do whatever u want” katanya agen 3C yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor itu.
p/s: serius memang berani la pelacur-pelacur ni.lagi mudah la nak detect dan tangkap :)