SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Pancitkan tayar lepastu merompak- taktik baru jenayah

Pancitkan tayar lepastu merompak- taktik baru jenayah

 sekarang ni semua tak selamat. awas kepada semua...jangan berseorang kerana
ini taktik baru jenayah...
Lima lelaki Amerika Latin ditahan manakala 10 lagi sedang dikesan, dipercayai anggota kumpulan penyamun antarabangsa, yang menggunakan taktik memancitkan tayar kenderaan mangsa sebelum merompak mereka.
Penjenayah Guna Taktik Pancit Tayar Kereta 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kumpulan itu sebelum ini aktif menggunakan taktik itu di negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Korea, Jepun dan Vietnam.
Beliau berkata setakat ini, polis mengenal pasti lima kes samun yang menggunakan taktik itu sejak Ogos lepas di sekitar Kuala Lumpur, melibatkan kerugian RM600,000.
“Kumpulan tersebut mulanya meletakkan dua suspek wanita di dalam bank sebagai pemerhati dan mereka ini akan memaklumkan kepada rakan yang berada di luar untuk memancitkan tayar kereta individu yang membuat pengeluaran wang. “Apabila mangsa tiba di kenderaan, beberapa suspek kemudiannya mendekati mangsa dan memberitahu bahawa tayar kenderaannya pancit dan ketika tayar tersebut ditukar, kumpulan tersebut menyamun wang tunai milik mangsa,” 

kepada semua especially wanita...sila hati-hati dan pastikan anda berteman dan jangan sendirian... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir