SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Memang paling lasak - jatuh bangunan pun masih ok

Memang paling lasak - jatuh bangunan pun masih ok

hebat tak hebat..memang hebat la..
walaupun jatuh bangunan elok lagi..dan memang layak la Guinness World Record bagi Anugerah Telefon Bimbit Paling Lasak.
 Telefon Bimbit Paling Tahan Lasak Di Dunia

Telefon itu berjaya membuktikan ketahanan walaupun jatuh dari ketinggian 25.29 meter (82 kaki 11.67 inci) ke atas konkrit dan tidak mengalami sebarang kerosakan operasi semasa demonstrasi di negara Belanda pada hari Sabtu.
Percubaan rekod itu yang diadakan di Epe telah dianjurkan oleh pembuat telefon bimbit berkenaan untuk menunjukkan ketahanan telefon berkenaan.
Syarikat itu mengkhususkan dalam pembuatan telefon bimbit yang direka untuk pekerja dalam persekitaraan yang mendesak dan merbahaya, termasuk pembinaan dan pertahanan.
Peralatan yang digunakan untuk mengesahkan altitud telah disahkan sebagai tentukur tepat oleh pakar yang sesuai sebelum percubaan, sementara dua jurutera dari institut Dutch Metrology juga hadir untuk mengesahkan ukuran tepat kejatuhan telefon itu.
Sementara telefon tersebut berjaya untuk kekal dalam keadaan baik selepas kejatuhan 10 meter dan 25 meter, namun itu ia tidak mempunyai ketahanan pada ketinggian 30 meter.
Berikutan kejayaan percubaan tersebut, pengadil dari pihak Guinness World Record (GWR), Lucia Sinigagliesi memberikan sijil perakuan GWR kepada Pengarah Urusan Sonim, Benelux Roy Vervenne sebagai tanda kejayaan syarikat itu.
Rekod sebelum ini dipegang oleh telefon lasak JCB, yang hanya mempunyai ketahanan pada ketinggian 3.25 meter.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir