Gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics
semalam memperkenalkan telefon bimbit terbaharunya, Galaxy Nexus.
semalam memperkenalkan telefon bimbit terbaharunya, Galaxy Nexus.
Ia merupakan telefon pintar pertama menggunakan versi terkini sistem pengoperasian Android keluaran Google.

Galaxy Nexus merupakan hasil kerjasama Samsung-Google.
Pengeluaran itu adalah reaksi terhadap telefon pintar terbaharu keluaran Apple, iPhone 4S yang sudah dijual melebihi empat juta unit selepas kurang seminggu ia dipasarkan.
Telefon itu turut memiliki teknologi pengecaman muka dan bukan kata laluan untuk mengaktifkannya.
Ia akan mula dijual pada bulan depan di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia termasuk China serta Jepun.
Harga telefon pintar tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.