K.I.S.S (Keep It Short and Simple)
Entri blog tak perlu ditulis panjang-panjang. Setiap entri biasanya hanya perlu ditulis 4 atau 5 perenggan sahaja (bergantung pada jenis info yang korang sampaikan). Kalau entri tu terpaksa tulis panjang lebar, mungkin korang boleh cuba ringkaskan ayat dengan sebaik mungkin. Hasil penulisan yang panjangnya lebih daripada 500 patah perkataan tidak mungkin dapat menarik minat pembaca. Bayangkan korang sedang mencari sesuatu info. Adakah korang akan berminat untuk baca hingga habis info yang ditulis panjang lebar atau korang rasa lebih bagus cari info yang ringkas tapi padat? Kebiasaannya, pembaca akan mula hilang minat apabila berdepan dengan entri yang panjang tak hingat.Entri Yang Mudah Dibaca
Gunakan bullet, font tebal dan perenggan untuk bantu pembaca kenalpasti point-point utama yang korang nak sampaikan. Di samping tu, gunakan gambar yang sesuai dengan entri untuk lebih memudahkan pembaca faham apa yang korang nak sampaikan.Pilih Tajuk Yang Menarik
Apa yang biasanya orang cari di internet? Biasanya pengguna internet akan berminat dengan sesuatu entri apabila membaca tajuknya. Oleh itu, pastikan tajuk entri dipilih dengan betul bagi menarik perhatian pembaca. Elakkan guna tajuk yang nampak ‘baek punya’ tapi entri hampeh, entah apa-apa atau takde kaitan langsung dengan tajuk.NI PUN HOT JUGAK>>>JOM BACA
Masukkan Pautan atau Link
Korang boleh kawal entri blog korang daripada jadi panjang dengan memasukkan link ke maklumat di blog lain. Setiap isi tak perlu dimasukkan semua ke dalam entri. Korang boleh linkkan ke entri blog lain yang mempunyai maklumat yang berkaitan. Beri kebebasan kepada pembaca untuk pilih sama ada diorang nak tahu tentang isi selebihnya ataupun tidak.Tulis Dengan Ejaan Yang Betul
Sesetengah blogger menganggap isu ejaan ni sebagai perkara remeh dan tak ambil berat langsung dengan kesalahan pada ejaan. Sila anggap blog korang sebagai kertas ujian. Adakah korang tak kisah gagal dalam ujian disebabkan salah ejaan? Korang mungkin tak kisah, tapi perkara ni mungkin sesuatu yang akan dinilai oleh pembaca, dan mungkin juga menyusahkan pembaca. Sila buat ‘proof reading’ sebelum publish. Bagi kawan-kawan baca dulu pon bagus jugak. Dah OK baru publish untuk tatapan umum.Pilih Topik Sesuai Dengan Pengetahuan
Sila pilih topik yang sesuai untuk korang tulis di blog. Apakah topik yang korang minat? Bila korang tulis sesuatu topik yang korang minat, secara tak langsung korang tahu apa yang korang tulis. Sekiranya ada sebarang persoalan, korang mampu untuk jawab berdasarkan pengetahuan korang. Bila ada yang bertanya, elakkan jawab “try ko Google sendiri” sebab yang bertanya tu mungkin nampak korang arif dengan topik yang korang tulis. Kalau tak, dah lama diorang Google sendiri. Tak payah disuruh.NI PUN HOT JUGAK>>>JOM BACA