Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi,
berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru.Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) j-QAF ini merupakan program secara Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) yang mengambil tempoh masa selama satu tahun enam bulan.
Nak tahu lebih lanjut KLIK BANNER BAWAH INI
Syarat Asas
- Warganegara Malaysia.
- Calon hendaklah sihat fizikal dan mental
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2012 iaitu lahir pada atau selepas 1 Januari 1977.
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
- Ijazah tersebut mestilah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Pemohon perlu merujuk laman sesawang JPA di Semakan Pengiktirafan Kelayakan.
- Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM.