SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Leonardo DiCaprio berhenti berlakon jadi perompak

Leonardo DiCaprio berhenti berlakon jadi perompak




Insiden itu terjadi di sebuah kedai perhiasan yang dikenali sebagai Family Jewels di Sydney, Australia. Ia terjadi selepas pengawal peribadi aktor itu secara tidak sengaja telah
membunyikan alat penggera di kedai tersebut.
Pada saat alat tersebut berbunyi, DiCaprio betul-betul melangkah masuk ke dalam kedai itu dengan memakai cermin mata hitam, jaket dan topi yang membuatkan seorang pekerja di kedai tersebut menyangka dia mahu melakukan rompakan.
                                            Makan 5 Gum dan menang: KLIK SINI
Bagaimanapun perasaan panik itu pantas dimatikan oleh pekerja lain yang mengenali aktor yang terkenal menerusi filem Titanic. Mereka segera menenangkan pekerja yang panik dengan memberitahu DiCaprio bukan seorang perompak, tetapi aktor terkenal dan dia singgah ke kedai tersebut untuk membeli perhiasan buat ibunya.
Selepas diberitahu lelaki yang disangka perompak itu adalah Leonardo DiCaprio, pekerja tersebut pantas mengaku sebenarnya dia mengenali aktor tersebut, namun oleh kerana dia datang dengan memakai jaket, cermin mata hitam dan topi, membuat dia tidak dapat mengecam aktor tersebut.
                                           Makan 5 Gum dan menang: KLIK SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir