Pemilik kenderaan diminta tidak menggunakan
tayar toreh dan tayar musim sejuk kerana ia dilihat antara punca berlaku kemalangan jalan raya di negara ini.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Datuk Zakaria Man berkata, tayar toreh atau terpakai kini popular di kalangan pemilik kenderaan kerana harganya lebih murah.
"Walaupun setakat ini belum ada kajian yang dibuat bagi membuktikan kedua-dua jenis tayar tersebut menjadi punca kemalangan tetapi penggunaannya perlu disekat segera kerana banyak kemalangan yang berlaku dilihat membabitkan penggunaan tayar berkenaan.
"Tayar tersebut semakin popular kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding tayar baru yang mahal berikutan harga getah yang meningkat sejak beberapa tahun lepas di pasaran dunia,” katanya.
Beliau berkata tayar toreh dilihat mudah meletup kerana lapisan tayar menjadi nipis apabila ditoreh untuk membuat bunga baru.
Blogger dipromote jam ni ialah:
Singgah dan komen kalau nak best follow yer
- Tiket Wayang FREE tonton filem WARRIOR 2011
- Tiket wayang percuma filem DRIVE 2011
- Menang Ipad, HTC dan macam lagi dengan hanya guna FACEBOOK
- Main game dan menang IPAD 2 dan RM 200 ribu #best