Alhamdulillah, "dia" semakin sembuh selepas 3 hari "sakit". pada mulanya cuba ambil langkah dengan bagi dia "ubat biasa" yang selalu digunakan.. tapi seakan tidak berkesan.
pada mulanya aku dan "dia" sedang bersembang bersama-sama, tiba-tiba "dia" "pengsan", tak sedarkan diri. ku mula panik. akhirnya "dia" sedar semula namun "telinganya" mengalami masalah dimana dia tidak lagi mampu mendengar, akhirnya mengambil keputusan untuk "dia" dihantar ke "klinik". alhamdulillah selepas beberapa jam di "klinik" dia sembuh cuma sekarang "dia" perlu memakai "alat bantuan pendengaran", aku redha kerana sudah 4 tahun dengannya, dan doktor mengatakan lama-kelamaan dia akan pergi buat selama-lamanya. semoga kau terus bersamaku dalam keadaan "sihat dan sejahtera".
yang dimaksudkan ialah:
dia :my lappy
ubat biasa : format window
pengsan : shutdown sendiri
klinik : kedai komputer
alat bantuan pendengaran : usb wireless
begitulah ceritanya sekarang ni, laptop c.z dah tak pakai internal wireless lagi sebaliknya menggunakan external wireless. biaselah laptop dah lama, jadi semua benda dah mula nak rosak la..terima kasih kerana membaca blog ni sepanjang 3-4 hari ni..