as usual seperti yang kita sedia maklum, ramai yang dah sedar dan lihat dengan mata kepala sendiri isu Hantu Bonceng yang memperlekehkan kalimah syahadah
kepada yang tak tahu refer SINI...
si Zizan ok..dia minta maaf..tapi si Pengarah..Ahmad Idham...BENGANG...bila ada satu mesej dihantar kepadanya...menegur tentang isu tersebut..hey Mat Deham...orang tegur..respek la sikit...tak sedor la tu yang apa dia arahkan tu HINA ISLAM....
Jom kita baca sama2 mesej yang dikirim kepada Ahmad Idham dan apa yang dibalasnya
Marikh AzahariAssalamualaikum Saudara,
Maaf m’ganggu, cuma saya nk ambil kesempatan ini menyuarakan pendapat peribadi saya berkenaan filem arahan saudara iaitu Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka. Dukacita ingin saya nyatakan sebagai salah seorg peminat filem tanah air saya merasa amat tersentap melihat adegan-adegan ini dijadikan bahan jenaka.
Maafkan sekiranya saya tersilap saudara. Tetapi sebagai umat Islam dan hamba kepada yg maha Esa, saya tidak rela melihat perbuatan seperti ‘Azan’, ucapan dua kalimah syahadah dan tasyahud akhir diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa ramai.Mungkin niat asal kita adalah baik tetapi hasilnya mungkin menjadi sebaliknya. Saya amat berharap sgt dan merayu pada saudara agar perkara yg berkaitan agama jgnlah dijadikan bahan duniawi melainkan atas tujuan dakwah dari sudut ilmiah bukannya lawak jenaka. Maafkan saya lagi sekali sekiranya tersilap bahasa dan kata dalam menyuarakan padangan saya ini.
Wasalam
Ahmad Idham Ahmad Nadzri
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak.
Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain.
Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci… Renung renung lah…
Marikh Azahari
Assalamualaikum..Terima kasih kerana sudi luangkan masa membalas msg saya.Saya akui saya cetek ilmu agama. Saya akui saya tidak setaraf para ulamak. Saya akui tahap pemikiran saya tidak setinggi mana.Saya cuma menyatakan pandangan saya sebagai hamba Allah. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Terserah. Wallahualam…wasalam