dah alang-alang nak dekat raya. nak kongsilah sikit ilmu atau tips yang boleh korang ikut kalau nak pulang beraya...InsyaALLAH selamat.
1) rancang perjalanan anda.
kalau boleh sebelum puasa. katakanlah nak balik ke Kedah. bila nak bertolak. nak bawak balik ape
dan sebagainya
2) peruntukan bajet yang cukup.
bajet mesti ade kan nak balik beraya. kepada yang naik bas pastikan duit untuk beli tiket bas ada dan beli tepat pada masanya. kepada yang naik kereta, pastikan duit minyak dan makan ada. eh. jangan lupa sama sediakan duit kecemasan jugak, takut nanti ada masalah di tengah jalan kan susah. bersedia lebih baik kan...
3) kemas baju dan alat yang nak dibawa sehari sebelum
ini penting supaya tak terlupa barang2 penting cam baju raya, duit raya untuk sedara mara dan sebagainya. jangan ambik mudah dengan kemas pada hari nak bertolak nanti lain jadinya...orang beraya dengan baju raya, anda beraya dengan...( sambung sendiri yer)
4) tengok jadual yang diberi oleh pengusaha lebuhraya cam PLUS
selalunya dekat2 nak raya plus akan bagi jadual yang mana pengguna boleh gunakan untuk rancang perjalanan dan bagi jalan tak jem..ini penting..supaya masa korang tak habis dekat jem jer..
5) pastikan kenderaan dalam keadaan baik
ini pun penting gak, supaya tak de somting tak kena otw anda balik nanti. pastikan kereta diservis sehari sebelum yer...
6) pemandu , dapatkan rehat yang cukup
sebab kenapa banyak kemalangan adalah punca drpd pemandu yang letih. pastikan kalau nak drive dapat rehat dan tidur yang cukup..jangan terlbih tidur sudahla..dan kalau mengantuk time drive berehat jap dekat RNR yer..tak rugi pun. dan tak kne bayar..kalau bertuah dapat minum kopi free...
7) hubungi keluarga anda menyatakan anda telah bertolak
ini pun penting jugak. sebagai makluman kepada keluarga anda bahawa anda telah bertolak dari tempat anda menuju ke destinasi. sekurang2nya mereka tidak risau. laporkan kedudukan anda sekiranya anda terlibat dalam jem..takut nanti mereka risau..
8) solat hajat
solat hajat minta semoga perjalanan anda dipermudahkan. ingat andai kita telah siapkan segalanya, kereta dan rehat semua dah cukup tapi tak berdoa...memang susah la kita nak dapat berkat..ingat berkat Allah itu penting..yer...
kisah raya bersama Pak Nil |
semoga perjalanan anda balik raya berjalan dengan lancar dan semoga tips ini bantu anda dapat sampai ke destinasi