Mungkin ramai pengguna twitter yang tidak mengetahui bahawa perkataan “Retweet” bukan sebuah kosa
kata rasmi bahasa Inggeris yang boleh digunakan. Walaubagaimanapun, baru-baru ini, perkataan “Retweet” secara rasminya boleh digunakan dalam penulisan rasmi setelah ianya didaftarkan dalam Kamus Bahasa Inggeris Oxford (Oxford English Dictionary).Twitter telah diperkenalkan semenjak tahun 2006 lagi, sementara fungsi Retweet menjadi semakin popular beberapa tahun kemudian sebelum pihak Twitter telah memperkenalkan butang Retweet secara rasmi pada tahun 2010.
Selain perkataan Retweet yang boleh digunakan secara rasmi dalam medium bahasa Inggeris, perkataan lain berkataitan teknologi yang baru sahaja didaftarkan termasuklahSexting dan Cyberbullying.