baca ni....konpem korang akan bersetuju dengan c.z
Selepas membuat kecoh di rumah bekas kekasih, seorang wanita bertindak ganas dengan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid ke atas kereta milik isteri bekas kekasihnya dalam kejadian di Taman Maluri, kelmarin.Selalu guna FB dan TWITTER : KLIK SINI
ERA nak datang rumah anda : KLIK SINI Menang RM 1000 dan muncul dalam klip video : KLIK SINI
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam, mangsa yang dikenali sebagai Ng meletakkan kereta Toyota Camry milik isterinya di hadapan rumahnya dalam keadaan baik dan berkunci.kenapa la perlu guna asid...gunala akal yang diberiNya berbincang..dan cakap baik-baik...itu yang TERBAIK
Bagaimanapun, kira-kira jam 7.20 pagi, dia terkejut apabila melihat keretanya yang rosak teruk secara keseluruhan akibat disimbah asid.
“Saya percaya kejadian ini dilakukan bekas kekasih yang bengang kerana saya memutuskan hubungan kami minggu lalu. Dua hari sebelum kejadian, dia datang ke rumah dan membuat kecoh kerana tidak berpuas hati dengan saya,” katanya.
Menurutnya, angkara tindakan itu, dia bertengkar dengan isteri sebelum dikejutkan dengan kejadian simbah asid itu.
Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Pandan untuk tindakan lanjut kerana risau kejadian lebih buruk menimpa keluarganya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.