SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Meh Tampal Iklan Sini

Meh Tampal Iklan Sini


Bermula awal tahun sehingga Jun lalu, sebanyak 500 kompaun dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pemilik nombor telefon yang nombor mereka tertera di pelekat iklan haram sama ada iklan pinjaman wang atau pusat tuisyen.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan
Sosio-Ekonomi, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz, berkata semua nombor telefon itu dirujuk ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dulu bagi mendapatkan nama dan alamat pemilik nombor berkenaan.

Menurutnya, kompaun RM100 sehingga RM2,000 dikeluarkan kepada pemilik nombor telefon terbabit mengikut Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah persekutuan) bergantung kepada saiz iklan yang ditampal pada tempat awam termasuk pokok, papan tanda jalan serta tiang lampu.
SEPAKAT...penduduk Taman Wilayah Selayang menurunkan iklan haram, semalam. 
“Jika pemilik nombor telefon berkenaan tidak memberi sebarang maklum balas selepas sebulan dikompaun, tindakan seterusnya iaitu mengeluarkan surat mahkamah pula diambil,” katanya pada sidang media selepas menyertai Operasi Penurunan Iklan Haram di sekitar kawasan Taman Wilayah Selayang.

USB broadband limited edition milik anda : sini
                                      New FULL HD TV khas untuk anda & keluarga : sini
WAJIB BACA :  blogger-blogger baru : SINI

Mohd Amin Nordin berkata, dari semasa ke semasa DBKL akan terus menghantar nombor telefon yang terbabit dengan iklan haram berkenaan ke SKMM dan memberi tanggungjawab kepada suruhanjaya itu untuk membatalkan semua talian yang dilaporkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir