SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , , » Hati-Hati Dengan Google++ , Anda mungkin....

Hati-Hati Dengan Google++ , Anda mungkin....


Sebuah aplikasi yang menyamar sebagai aplikasi Google+ telah ditemui. Ia dikatakan menggunakan icon yang serupa tetapi dengan nama Google++.
Malware ini adalah salah satu daripada ANDROID_NICKISPY.A iaitu spyware yang boleh merakam perbualan telefon penguna.
Android Malware Android Menyamar Sebagai Aplikasi Google+
TrendLabs yang mana bertanggungjawab mengenalpasti malware tersebut menyatakan bahawa malware ini berupaya menyimpan pelbagai maklumat peribadi seperti panggilan telefon, SMS dan lain-lain serta akan menghantar data tersebut kepada server penyerang.
android malware Malware Android Menyamar Sebagai Aplikasi Google+
Selain daripada menyimpan data, ia juga dikatakan boleh menjawab panggilan secara rambang. Panggilan dijawab tanpa pengetahuan pengguna, kemudian silent mode diaktifkan sendiri dengan paparan home screen. Pengguna masih tidak perlu bimbang kerana aplikasi ini masih baru dan belum memasuki Android Market. Walaubagaimanapun, pengguna seharusnya berhati-hati dalam memuatturun mana-mana aplikasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir