Google dikatakan kini telah mengambil alih Motorola Mobility dengan harga $12.5bil iaitu $40 untuk satu saham. Google yang juga merupakan pengeluar sistem operasi mobile terkenal,
Android dikatakan membeli Motorola atas beberapa sebab. Antaranya adalah bagi mengembangkan lagi sistem operasi Android mereka selain dari memperkukuh portfolio paten mereka.Walaubagaimanapun, Android akan tetap menjadi sistem operasi sumber terbuka dan Motorola akan dijalankan sebagai sebuah perniagaan yang berasingan. Syarikat lain yang turut sama menjalankan kerjasama dengan pihak google bagi sistem operasi Android walaubagaimanapun tidak akan terjejas.