Syarikat Apple kini sedang berada di puncak prestasi mereka. Jika sebelum ini kami pernah berkongsi bahawa prestasi kewangan Apple lebih stabil berbanding kerajaan
Amerika Syarikat, kini mereka boleh dinobatkan sebagai syarikat paling kaya di dunia dan bersaing rapat dengan syarikat Exxon Mobil, dengan harga pasaran $341.42 bilion dolarFree Call dan SMS : SINI
Pada tahun lepas, Apple berjaya mengatasi pesaing mereka, Microsoft dan kini mereka terus gah dengan nilai pasaran $120 bilion di hadapan Microsoft. Dengan pelancaran beberapa produk menarik dalam masa terdekat, Apple dijangka akan dapat mengukuhkan lagi kewangan dan berada di kedudukan yang lebih stabil di hadapan Exxon Mobil.