SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , » Tak Longgar Syarat Pakai Cermin Kereta Gelap

Tak Longgar Syarat Pakai Cermin Kereta Gelap

Kerajaan Tidak Longgar Syarat Penggunaan Cermin GelapKerajaan tidak bercadang melonggarkan syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian walaupun atas faktor-faktor tertentu.
Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat berkata langkah ini diambil ekoran kerajaan khuatir kelonggaran yang diberikan akan disalahgunakan oleh pihak tertentu dalam menjalankan kegiatan jenayah selain menjejaskan aktiviti penguatkuasaan serta
keselamatan agensi penguatkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Setakat ini kerajaan masih belum bercadang untuk melonggarkan syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian.
“Walaupun terdapat cadangan untuk melonggarkan syarat tersebut atas faktor peningkatan suhu dan kes jenayah, namun kerajaan khuatir kelonggaran yang diberikan akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam menjalankan kegiatan jenayah selain menjejaskan aktiviti penguatkuasaan serta keselamatan,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Nor Hayati Onn.
Nor Hayati ingin tahu sama ada syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian bakal dilonggarkan atau tidak atas sebab suhu serta kes jenayah yang meningkat.
Selain itu, Jelaing berkata kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) juga mendapati penggunaan cermin gelap boleh menghalang penglihatan pemandu dan boleh menjadi punca kemalangan jalan raya.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan untuk memasang cermin gelap atas alasan kesihatan sekiranya diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau jika terbukti adanya ancaman keselamatan.

::::Klik Sebagai Tanda Sokongan Anda::::


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir