SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Tak boleh sapu dalam....tibai luar...

Tak boleh sapu dalam....tibai luar...

Pencuri melarikan lebih 800 troli dari sebuah pasar raya menyebabkan pengurusan syarikat itu menanggung kerugian lebih RM309,000.
Menurut laporan media, kakitangan pasar raya
Asda menyedari kejadian itu selepas mendapati satu demi satu barisan troli di premisnya hilang dalam tempoh 12 hari.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhrRbpO362cm7opEszSgq-RE2cnokfJoTe22el5xlwBrlaR8egsGcDxaCawOjAmZqvpm3KXY1QfaKskQZv9BrMdfQH64qsVg_idaAAd-PhPyzkCyatpGKYgyJFKzd-6kMnOA8c-DG6OoIA/s1600/troli.jpg
Dipercayai, troli berkenaan dicuri untuk dijual semula sebagai besi buruk.
Jurucakap Asda, Jo Newbould, berkata kecurian itu dilakukan di kawasan letak kenderaan di Pusat Beli-belah Eastgate di Basildon, Essex.

“Sejumlah besar troli diambil dari pasar raya kami,” katanya.

Menurut Newbould, polis menyiasat mengapa troli berkenaan dicuri dan mendapati ia bukan dilakukan pelanggan Asda.
Katanya, Asda menanggung kerugian kerana kos menggantikan troli berkenaan tinggi.

“Kami meminta semua pihak segera memaklumkan pihak berkuasa jika melihat sesiapa mencuri troli dan menyukarkan pengguna,” katanya. 

c.z : kena ikat aka rantai la troli tu pasni...kui3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir