Macam-macam hal betul...susah jugak kalau jenis tak boleh nak tahan ni...semua benda nak dirakamnya...
Seorang pekerja am mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas kesalahan merakam aksi seorang wanita di dalam tandas.Khairulsfairuse  Ahmad Madli, 30, melakukan kesalahan itu menggunakan telefon bimbitnya  di tandas wanita, Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan  Malaysia ketika wanita berusia 31 tahun itu sedang membuang air pada  10.45 pagi, 7 Julai Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509  Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau  denda atau kedua-duanya sekali.
Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir  memerintahkan tertuduh dijamin sebanyak RM5,500 dengan seorang penjamin  dan menetapkan 16 Ogos untuk menjatuhkan hukuman.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

