Ricky Toong Foo Weng berkata, tertuduh, Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, berkali-kali menafikan dirinya terlibat dalam kejadian memalukan itu.“Berlaku sedikit pertengkaran mulut antara tertuduh dan salah seorang bapa mangsa sehingga mencetuskan situasi tegang di luar bilik guru di sekolah itu.“Namun tertuduh tetap enggan mengaku perbuatan cabul itu menyebabkan ibu bapa mangsa cabul membuat laporan polis,” kata Pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa di Mahkamah Majistret di sini semalam.Ricky memberi keterangan selaku saksi pertama dalam perbicaraan Ismazi@Megat yang didakwa mencabul kehormatan 11 orang pelajar perempuan berusia 15 hingga 16 tahun dengan meletakkan tangannya di atas dada semua mangsa.
Antara Blackberry, LG dan Nokia Mana satu pilihan Hati yang berkenan????