SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » "Saya Berhenti ...Kalau Kena Pakai Mekap"

"Saya Berhenti ...Kalau Kena Pakai Mekap"

Seorang gadis berusia 24 tahun, Melanie Stark (gambar) meletakkan jawatan sebagai pembantu jualan di gedung beli-belah Harrods di Knightsbridge kerana dia dipaksa memakai mekap jika mahu terus bekerja, lapor sebuah akhbar .
Menurutnya, dia diarah pulang dari gedung tersebut selepas tidak mematuhi peraturan yang mahu pekerja wanita
memakai mekap.
"Saya mengetahui bentuk wajah saya jika saya memakai mekap. Saya pernah menggunakan mekap suatu masa dahulu walaupun saya tidak memakai alat solek di tempat kerja.
"Namun, saya tidak tahu kenapa pada zaman ini, Harrods boleh mengambil hak saya untuk memilih memakai mekap atau tidak," kata Melanie.
Bagaimanapun, seorang jurucakap Harrods menyatakan semua kakitangannya tertakluk pada peraturan pakaian semasa mereka menandatangni perjanjian untuk bekerja dengan gedung itu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir