SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Rempuh Satu Sama Lain

Rempuh Satu Sama Lain

Empat remaja yang berlumba haram maut apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh satu sama lain dalam kejadian di Kampung Banggol Chicha, di sini, petang semalam.
 
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSFTib-VT22GTgxn2wQMM7PiAV0OgT2DX0zOAxguNGxuYl9iE9fkQKetua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mereka ialah Mohd Amirul Afiq Baharom, 17, Raja Ahmad Muzamil Raja Mansor, 18, Mohd Fikri Mat, 19, dan Abdul Muhaimin Makhtar, 21.
“Mereka mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan semuanya maut di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Katanya, Mohd Fikri adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tendong, manakala Abdul Muhaimin pula pelajar sebuah polikteknik di sini.
Mengulas kejadian 6.40 petang itu, Haliludin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggang Mohd Fikri meletup dan terbakar ketika sedang berlumba.
“Tiga lagi yang menunggang motosikal masing-masing tidak sempat mengelak mengakibatkan mereka saling merempuh.
“Siasatan mendapati hanya Abdul Muhaimin yang mempunyai lesen memandu manakala tiga lagi tidak mempunyai lesen, sementara dua daripada mereka tidak memakai topi keledar,” katanya.
Beliau berkata, laluan yang digunakan empat remaja terbabit juga belum dibuka kepada umum namun sering digunakan sebagai lokasi lumba haram oleh golongan remaja.
Haliludin turut meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan.
Sementara itu, di Bilik Mayat Hospital Pasir Mas, hampir 200 sanak saudara dan rakan mangsa memenuhi kawasan terbabit.
Ibu Mohd Amirul Afiq, Noraini Yaacob, ketika ditemui berkata, arwah anaknya itu sentiasa keluar menunggang motosikal pada sebelah petang.
“Pada petang semalam katanya hendak ke rumah sepupu dan tidak tahu pula begini jadinya,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir