SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Penganalisis Jenayah ( Kamal Afendi) Tembak Orang

Penganalisis Jenayah ( Kamal Afendi) Tembak Orang

Penganalisis Jenayah Tembak Operator KilangSeorang operator kilang maut selepas ditembak seorang penganalisis jenayah yang cuba mempertahankan dirinya dalam kejadian amuk di Seksyen 25, Taman Sri Muda di sini malam semalam.
 
Menurut sumber, penganalisis yang dimaksudkan adalah Kamal Effendi Hashim.
Kejadian berlaku 9.53 malam di Blok E, Flat Valencia ketika lelaki berusia 42 tahun itu yang bersenjatakan parang menyerang penganalisis tersebut.
Terdahulu lelaki itu mengejar empat yang lain termasuk tiga anggota polis di tingkat dua flat dan seorang daripada mereka terlanggar penganalisis tersebut mengakibatkan beliau terjatuh.
Lelaki yang mengamuk itu kemudian melibaskan parangnya ke arah penganalisis berkenaan sebelum beliau mengeluarkan sepucuk pistol HK P30 dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki terbabit.
Bagaimanapun lelaki itu terus mengamuk dan menetak lutut kanan penganalisis berusia 42 tahun tersebut menyebabkan beliau melepaskan tembakan yang merebahkan lelaki terbabit.
Difahamkan, sejumlah 8 das tembakan telah dilepaskan oleh penganalisis berkenaan.
Siasatan awal mendapati lelaki itu mengamuk selepas bertengkar dengan rakan serumahnya yang mahu berpindah ke rumah lain.
Lelaki berusia 21 tahun dan bekerja sebagai buruh itu pulang untuk mengambil barang namun terlibat dengan pergaduhan dengan suspek selepas mendapati pintu bilik tidurnya dirosakkan oleh suspek.
Ketika pergaduhan itu, suspek tersebut melibas rakannya dengan parang yang menyebabkan beliau lari menyelamatkan diri dan membuat laporan di balai polis berhampiran.
Bagaimanapun, semasa tiga anggota polis dan buruh itu kembali ke rumah sewanya di tingkat tiga flat bagi memujuk lelaki tersebut menyerah diri, suspek bertindak menyerang mereka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana niat untuk membunuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir