SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Orang Asing Pulun Nak Belajar Bahasa Melayu..Kita????

Orang Asing Pulun Nak Belajar Bahasa Melayu..Kita????

Semakin ramai warga negara asing termasuk di negara maju memilih untuk mempelajari Bahasa Melayu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Malah, katanya bahasa Melayu kini adalah
antara 10 bahasa yang menjadi pilihan untuk dipelajari oleh warga asing.

http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/Bahasa-Melayu-Jadi-Pilihan-Warga-Asing.jpg
Mengambil contoh Beijing Foreign Studies University (BFSU) di China yang sedang mengembangkan program pengajian Bahasa Melayu, Koh berkata ia menunjukkan bahasa berkenaan semakin mendapat tempat di hati masyarakat antarabangsa.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Festival Bahasa dan Sastera 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Menara DBP di sini, malam ini.
Festival dua hari itu disertai hampir 1,000 pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Sekolah Menengah Kebangsaan seluruh negara.
Koh berkata berkata rakyat Malaysia juga berpeluang mempelajari bahasa lain termasuk bahasa Tamil dan Mandarin berikutan kepelbagaian kaum di negara ini.
Beliau kemudian menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara DBP dan syarikat penerbitan, United Publishing House (M) Sdn Bhd untuk projek kamus Dewan Bahasa Melayu-Cina yang dijangka diterbitkan tahun depan.
DBP diwakili oleh Ketua Pengarahnya Datuk Termuzi Abdul Aziz manakala United Publishing House diwakili oleh Pengarah Urusannya Wong Chee Kheong
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir