SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , » Nak Duit Balik....

Nak Duit Balik....

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcThGkIZ0Gg7soM8lqsFRYDg79VGaOL6WNmqcB2ztZ2LArwxVVMl” Pulangkan semula duit pelanggan yang telah membuat pembayaran untuk caj baru tersebut “.
Itulah yang ditegaskan lebih 70 persatuan pengguna yang diterajui Persatuan Pengguna Islam (PPIM) berhubung caj tambahan yang dikenakan Astro terhadap para pelanggannya baru-baru ini
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, memandangkan kabinet telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan stesen televisyen berbayar itu menaikkan tarif perkhidmatan mereka selagi tidak mendapat kebenaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), maka Astro perlu mengembalikan semula wang pelanggan mereka yang telah membuat pembayaran.
” Kalau ada pelanggan yang dah buat pembayaran ikut kadar baru itu, maka mereka (Astro) kena pulangkan semula lebihan caj tersebut, ini kerana kerajaan dah tolak permintaan untuk menaikkan tarif seperti mana yang dirancang itu,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di kafe Sembang-Sembang, The Mall di sini hari ini
Baru-baru ini Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan keputusan kerajaan untuk menolak permintaan stesen televisyen berbayar berkenaan.
Malah Astro juga berhadapan dengan kemungkinan dikenakan denda atau kompaun kerana mengedarkan notis kenaikan caj kepada pelanggannya tanpa kebenaran daripada pihak SKMM
Kempen pemboikotan Astro bermula apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui PPIM menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.
Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.
Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil juga memberitahu yang pihaknya sedang cuba untuk bertemu dengan Rais bagi membincangkan masalah berkenaan.
Menurutnya, pihak Astro juga perlu membuat inisiatif yang sama bagi membolehkan semua pihak menyatakan pandangan mereka sekali gus mewujudkan situasi ‘menang-menang’ untuk semua pihak.
” Kita faham yang Astro sebagai badan perniagaan sudah tentu sentiasa berusaha untuk memajukan perniagaan mereka, tetapi pada masa yang sama juga kita nak Astro tahu yang pengguna juga ada hak yang perlu dipertahankan.
” Dalam erti kata lain, Astro memerlukan pengguna dan pengguna juga ramai yang memerlukan khidmat Astro,” katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir