SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Miskin tak semestinya tak boleh berjaya..

Miskin tak semestinya tak boleh berjaya..

http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/Miskin-Bukan-Alasan-Untuk-Berjaya.jpg
Kemiskinan bukan alasan untuk golongan pelajar atau ibu bapa tidak berani memasang cita-cita yang tinggi buat kejayaan anak-anak mereka dalam bidang pelajaran.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan,
Datuk Joseph Salang berkata, kemiskinan tidak boleh digunakan sebagai alasan kerana kerajaan menyediakan biasiswa dan pinjaman untuk tujuan pelajaran.
“Apa yang penting ialah pelajar mesti mempunyai keyakinan penuh dalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaran,” katanya.
Beliau berkata demikian pada penutup festival Gawai Dayak di sini semalam.
Dalam pada itu, Joseph berkata, pihaknya memahami kebimbangan ibu bapa dan guru di sini berikutan isu bekalan elektrik yang mahu dikurangkan di sekolah luar bandar.
Menurutnya, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan kementerian terbabit mengenai perkara itu.
Kementerian Pelajaran dilaporkan berhasrat mengurangkan separuh daripada tempoh 24 jam bekalan elektrik di semua sekolah luar bandar.
Sementara itu, itu katanya, guru yang bekhidmat di kawasan luar bandar diingatkan supaya memberikan yang terbaik dalam menunaikan tanggungjawab mereka.
Jelasnya, guru-guru terbabit sebenarnya memikul satu tanggungjawab yang berat dalam mendidik anak-anak di kawasan pedalaman.
Tambahnya, guru perlu membantu pelajar di kawasan luar bandar supaya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.


c.z : jangan jadikan alasan kemiskinan utk berjaya tetapi jadikan ianya pembakar semangat utk jadi yg lebih baik.  :-)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir