SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Media Punca Segala-galanya: Kastam

Media Punca Segala-galanya: Kastam

Media Punca Imej Jabatan Itu TercalarKetua Pengarah Kastam Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf hari ini menempelak media yang dianggapnya sebagai punca imej jabatan itu terjejas.
Merujuk kepada laporan beberapa kes
berprofil tinggi, beliau berkata media suka “mencari kontroversi” dengan paparan berita yang negatif menyebabkan beliau kini mengamalkan sikap berdiam diri.
“Saya kini ‘media shy’,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Kastam Sarawak.
Katanya beliau juga sedang melakukan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan integriti jabatan itu dan mahu warga Kastam melakukan transformasi segera bagi memperbaiki sebarang kelemahan.
Pada majlis itu seramai 92 warga Kastam Sarawak menerima anugerah masing-masing.
Sementara itu Pengerusi Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Alice Wee yang membuat liputan majlis tersebut meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan Mohamed Khaled menggunakan majlis rasmi untuk mengkritik media.
“Kami kecewa kerana media membuat laporan berasaskan fakta, dan adalah tidak adil menyalahkan media apabila imej mereka tercalar,” katanya.
Beberapa wakil media termasuk dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang berasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Mohamed Khalid bertindak meninggalkan majlis ketika beliau masih berucap. 

::::Klik Sebagai Tanda Sokongan Anda::::


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir