“Saya sempat memangku arwah dan dia beritahu belakang dan pinggangnya sakit. Saya dan seorang rakan menghubungi ambulans, namun apabila ia sampai mangsa disahkan meninggal dunia,” kata Johari Hashim, 52, yang terkejut melihat seorang lelaki terbaring bersebelahan motosikalnya di ladang kelapa sawit di Sungai Seluang, Jalan Padang Cina, di sini, semalam.
Johari berkata, kejadian berlaku jam 9 pagi selepas dia dimaklumkan seorang pemilik kebun mengenai penemuan seorang lelaki terbaring di tanah bersebelahan motosikalnya di kawasan ladang itu.
:::::Klik Klik::::::
Perisa Ice Cream Kegemaran Captain America I menang 6 iPads, 49 tea sets dan sebuah Grand Livina I Minat Audi????menang sebuah kereta AUDI
“Saya bergegas ke tempat kejadian bersama seorang rakan dan ketika itu saya melihat seorang lelaki terbaring berhampiran motosikalnya.
“Saya memangku mangsa dan ketika itu dia memberitahu pinggang dan belakangnya sakit. Kami kemudian menghubungi ambulans untuk membawa mangsa ke Hospital Kulim bagi menerima rawatan.
“Namun sebaik ambulans tiba, mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya yang ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.
Timbalan Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Superintendan Law Tiang Huat berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang ramai jam 9 pagi.
Katanya, sepasukan anggota polis dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat dan menemui mayat lelaki terbabit.