SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , » Mati lepas 19 hari disengat tebuan

Mati lepas 19 hari disengat tebuan


MENYEDIHKAN...keranda berisi jenazah mangsa hantar ke kenderaan untuk dibawa ke tanah perkuburan. Gambar kecil, Muhamad Al-Amin Ibrahim.Selepas 19 hari bertarung nyawa, Muhamad Al-Amin Ibrahim, 8, yang parah disengat tebuan di sekolahnya, meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), jam 3 petang semalam.
 
Bapa angkat Muhamad Al-Amin, Aziz Mamat, 49, yang menjaganya di HTAA sejak dimasukkan ke hospital berkenaan berkata, keadaan mangsa menjadi semakin buruk sejak malam kelmarin apabila pernafasannya tidak normal.

“Saya sempat membacakan surah Yasin dua kali ke telinga arwah. Itulah saja yang dapat saya lakukan selain berdoa dia sembuh. Bagaimanapun, sebaik mahu memulakan bacaan ketiga, arwah sudah pergi dan saya reda dengan kehilangannya itu.
“Apa yang membuatkan saya sedikit terkilan ialah arwah tidak sempat menjamah piza serta ayam goreng yang saya beli atas permintaannya sebelum dihantar ke ICU beberapa hari lalu. “Saya bergegas mendapatkan makanan yang diminta tetapi dia tidak menjamahnya langsung kerana selera makannya hilang,” katanya ketika ditemui di HTAA, semalam.

Muhamad Al-Amin yang juga murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, parah selepas beberapa bahagian badan dan kepalanya kena sengatan tebuan pada 20 Jun lalu.

Allahyarham dilaporkan disengat tebuan ketika menyaksikan rakan-rakannya bersukan.
Aziz yang masih gagal menahan emosinya selepas kehilangan Muhamad Al-Amin, berkira-kira untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sekolah terbabit.

“Kalau ikutkan hati memang saya nak saman,” kata Aziz.
Muhamad Al-Amin dipelihara Aziz selepas tiga hari dilahirkan dan menganggap Allahyarham sebagai anak yang manja dan periang.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mazlan Mohamad berkata, pihaknya sangat simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

Menurutnya, beliau sudah membuat siasatan dengan terperinci dan mendapati guru sekolah sambil dibantu keluarga mangsa sempat membawa murid terbabit ke sebuah klinik swasta sejurus disengat tebuan, sekali gus menolak anggapan yang mengatakan pihak sekolah tidak mengambil apa-apa tindakan berhubung kejadian itu.

“Mengenai saman, saya tidak pasti saman apa yang akan diambil,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir