Baguslah larangan ni...Bulan Ramadan kita hormat sebab ianya bulan rahmat..tapi ade je yang tak puas hati....saje je kan...biaselah bila kebaikan nak wujud pasti ada je 
yang nak menghalang...kepada kerajaan Kedah..teruskan usaha murni dan mulia itu....Pemimpin tertinggi PAS berkata kerajaan Kedah pimpinan parti itu akan  memaklumkan Jawatankuasa pusat parti esok mengenai keputusan melarang  pusat-pusat hiburan beroperasi semasa Ramadan. 
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Menteri Besar Kedah  Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang juga Anggota Jawatankuasa Pas Pusat  telah diminta memberikan penjelasan mengenai perkara itu.“Ia merupakan mesyuarat biasa bulanan jawatankuasa Pas pusat tetapi  sejak isu ini menjadi perhatian, kita memutuskan untuk meminta Kedah  memberikan taklimat penuh berhubung perkara itu.
“Bagaimanapun, beliau (Azizan) tidak dapat melakukannya kerana  mempunyai komitmen yang lebih awal. Sebaliknya beliau akan menghantar  seorang wakil untuk menjelaskan isu itu,” katanya ketika dihubungi.
Kerajaan negeri mengumumkan pada Rabu berhubung keputusannya  menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat  karaoke dan disko beroperasi sepanjang Ramadan mengikut Enakmen Hiburan  dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
Bagaimanapun, keputusan itu dikecam pelbagai pihak terutama parti politik seperti MCA dan Gerakan.
Malah, rakan pakatan pembangkang, DAP meminta kerajaan Kedah pimpinan  Pas supaya membatalkan pelaksanaan larangan ke atas 13 jenis hiburan  semasa bulan Ramadan.
Pemuda Gerakan Kedah juga mengancam mengambil tindakan undang-undang  terhadap kerajaan negeri Kedah jika ia gagal menarik balik larangan ke  atas pusat-pusat hiburan untuk beroperasi di negeri itu dalam tempoh  seminggu.
Bagaimanapun, Mustafa berkata kepimpinan parti hanya akan memberikan  reaksi berhubung perkara itu selepas mendapatkan penjelasan semasa  mesyuarat itu yang akan diadakan di ibu pejabat parti 
