Video Youtube yang dipaparkan oleh Susyj87 diletakkan kira-kira seminggu lalu dan ia mula ditonton serata dunia apabila ia media arus utama.
Pada hari Rabu, artis tatu Rotterdam, Dex Moelker ‘ mengaku kepada Telegraaf Belanda bahawa tatu yang dibuat adalah tatu sementara,
bukannya tatu sebenar.
“Ia hanya tatu sementara, akan hilang dalam masa beberapa hari,” kata Moelker kepada pihak akhbar, menurut DutchNews.nl.
Tatu sementara tersebut mengambil masa beberapa jam untuk disiapkan, katanya, dan bukannya 30 jam seperti yang dinyatakan dalam video Susyj87.
Kaedah pemasaran ini dilakukan untuk Pretty Social, sebuah firma Belanda yang menjual barang-barang yang bertemakan Facebook.
Pengguna Youtube mula mempersoalkan kesahihan tatu tersebut apabila ianya mula tersebar.
“Apabila dilihat di kawasan pergelangan tangannya, imej-imej tersebut kelihatan disusun dengan kemas.
Namun jika anda lihat dengan lebih dekat lagi, semuanya adalah portret bagi seorang individu. Tiada satupun imej yang menggambarkan individu yang sedang mabuk, wanita tua bersama anjingnya, sepertimana imej pengguna Facebook sering gunakan,” kata seorang pengguna Youtube.
Walaupun ianya bukanlah perkara yang benar, namun pemasaran tersebut sememangnya berkesan. “My Social Tattoo” telah ditonton lebih dari 480,000 kali sejak semalam