SweetMuslimah.com

Mereka Yang Sudi Membaca

Home » , , , , , » Kegilaan Ramai: Katak Warna-Warni

Kegilaan Ramai: Katak Warna-Warni

Katak Berwarna Tiruan Menjadi Kegilaan Di China
Sama seperti ikan emas bertatu dan kura-kura hidup dalam rantai kunci, katak berwarna tiruan kini menjadi satu lagi kegilaan di kalangan rakyat negara China.
Ia bukanlah sesuatu yang baru dan telah mula dijual sejak beberapa tahun lalu
, walaupun terdapat aduan daripada aktivitis haiwan dan amaran daripada pakar kebajikan haiwan.
Bagi kebanyakkan orang, katak adalah haiwan yang tidak menarik dan tidak menceriakan. Disebabkan itu, ada pihak tertentu di negara China memutuskan untuk menambahkan warna kepada haiwan berkenaan melalui teknologi moden.
Dengan menggunakan pelbagai peralatan dan teknik, termasuk laser dan bahan kimia industri dalam jumlah besar yang mampu diserap oleh kulit, mereka mencipta katak berwarna-warni.
Warna-warna yang digunakan adalah cerah dan boleh bertahan sehingga 4 atau 5 tahun.
Atas beberapa sebab tertentu, ramai orang China kelihatan menyukai katak berwarna dan permintaan adalah sangat tinggi di negara berkenaan.
Malah sesetengah orang membelinya sebagai haiwan peliharaan untuk anak-anak mereka, dan para vendor mengatakan bahawa orang ramai “suka warna-warna cerah kerana ia sangat menceriakan”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Baca...Terhangat Di Blog Chegu Zubir